Covid-19 !!!! Bermulanya pembelajaran atas talian di Malaysia ....
Assalamualaikum WBT..........
Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar bagi seluruh dunia kerana tahun 2020 merupakan tahun yang malang. Hal ini kerana, pada tahun 2020 terdapat satu penularan wabak penyakit Covid-19 yang datang dari Wuhan, China. Wabak covid-19 ini telah merebak ke seluruh dunia apabila warga negara China yang duduk di China lebih-lebih lagi dari negeri Wuhan telah melancong ke serata dunia. Hal ini membuatkan, penyebaran wabak covid-19 tersebar dengan luas dan cepat .
Selepas itu, untuk disingkatkan lagi, kita pergi kepada pendidikan di Malaysia dimana oleh kerana wabak covid-19 ini merebak sampai ke negera kita. Kerajaan membuat tindakan dengan membuat pengumuman bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan di jalankan di Malaysia dan antara PKP yang dijalankan ialah penutupan semua sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi bagi awam dan juga swasta. Hal ini kerana, untuk mencegah wabak covid-19 dengan cara penjarakkan sosial dan mengurangkan pengumpulan dan kesasakan yang melibatkan orang awam di tempat awam, pelajar dan guru di sekolah, pelajar dan pensyarah di institut pengajian tinggi dan banyak lagi.
Seterusnya, dalam waktu PKP yang sedang berlangsung, kerajan juga bermesyuarat untuk bersama bergabung tenaga dan mencari idea untuk membuka semula sektor pendidikan seperti persekolahan dan pengajian tinggi tanpa perlu melibatakan orang awam berkumpul di dalam sesebuah tempat. Mesyuarat yang dilakukan oleh kerajaan ternyata membuahkan hasil kerana kerajaan telah menemukan cara untuk membuka sektor pendidikan tanpa perlu mengumpulkan orang awam dalam sesuatu masa. Caranya adalah dengan membuat pembelajaran secara atas talian . Dengan cara ini, pelajar dan guru tidak perlu lagi hadir ke sekolah dan mengajar kerana pelajar dan guru boleh membuat sesi pelajaran di atas talian sahaja. Kerajaan telah memperkenalkan sesi pembelajaran di atas talian ini dan meminta agar semua rakyat peka akan penggunaan aplikasi-aplikasi tertentu untuk pembelajaran di atas talian ini.
Oleh yang demikian, timbullah beberapa aplikasi bagi membantu pembelajaran di atas talian. Antara aplikasi tersebut ialah Google Classroom, Google Meet, Schoology, Gmail, Telegram, Whatsapp dan media sosial lain.Aplikasi ini adalah aplikasi yang dicadangkan untuk melakukan sesi pembelajaran atas talian. Kerajaan juga telah memberi inisiatif dengan memberikan internet percuma bagi setiap telcom bagi membantu pelajar yang kurang kemampuan dalam melanggan inetrnet untuk tujuan pembelajaran di atas talian. Namun, pembelajaran atas talian ini haruslah diterhadkan oleh kerana kekurangan internet di kalangan murid-murid dan guru itu sendiri. Sebagai contoh, mengikut jadual pembelajaran yang diberikan, sekiranya pembelajaran di sekolah berlalu selama 1 jam 30 minit, bermakna pembelajaran atas talian perlu dilakukan 45 minit sahaja. Hal ini untuk mengelakkan masalah internet yang akan berlaku di antara murid dan guru.
Akhir sekali, tahun 2020 dianggap sebagai tahun yang mencabar dan melalui banyak perubahan dari tahun-tahun sebelumnya. Oleh yang demikian, orang ramai haruslah menjaga kesihatan diri dan keluarga agar terhindar daripada wabak covid-19 ini. Orang ramai juga dinasihatkan agar menggunakan peluang yang banyak disediakan oleh kerajaan kerana kerajaan sudahpun melakukan sehabis baik di dalam melawan wabak covid-19 di samping membantu orang ramai yang berada dalam keadaan terjejas dan kurang mampu. Kerajaan juga perlu menguatkan lagi penguatkuasaan undang-undang dalam menyekat mana-mana pelancong asing terutama sekali dari negara China yang mempunyai tanda atau gejala wabak covid-19 ini. Bersama kita untuk bersatu padu antara satu sama lain dalam mengangani wabak covid-19 di Malaysia dan menghargai perjuangan barisan hadapan kita yang sanggup berhadapan dengan risiko yang tinggi di dalam menjaga keamanan negara kita dan memulihkan mangsa yang mengalami gejala covid-19 ini.
